Agar-Agar Tembikai



Bahan bahan:

1 paket serbuk agar agar (10 gram)
4 - 4 1/2 cawan air (1 cawan = 190ml) - guna 4 cawan jer
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
Pewarna merah, kuning dan hijau
Sedikit kismis


Cara cara:
Masak agar agar bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Tutup Api. Sejukkan adunan agar agar hingga suam suam kuku (anggaran 15-20 minit).


Pukul putih telur hingga betul betul kembang (jika terbalikkan bekas, adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.

Tuang 1 senduk adunan agar agar dalam satu masa (yg dah suam suam kuku tu) ke dalam bekas adunan telur sedikit demi sedikit hingga suam dan rata.

Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk. Ulang sehingga habis. Jangan masukkan adunan agar agar suam sekali gus kerana ianya akan menyebabkan lapisan terapung dan terpisah dari agar agar.

Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan, masukkan 2 sudu kecil pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi atau chopstik.

Kacau dgn berhati hati supaya warna tidak terkena dasar bekas.

Letakkan kismis di permukaan agar agar (sebagai biji buah tembikai). Sejukkan ke dalam peti sejuk.

Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Apabila agar agar sudah beku, keluarkan agar agar dari bekas dan dengan menggunakan berus, warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai.

Biarkan pewarna mengering sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan dihidangkan.
Next Post Previous Post